Samsung Perkenal Fungsi Pemantauan Tekanan Darah Untuk Peranti Galaxy Watch Comments Off on Samsung Perkenal Fungsi Pemantauan Tekanan Darah Untuk Peranti Galaxy Watch

Samsung Electronics hari ini telahpun mengumumkan kehadiran fungsi baharu yang membolehkan pemilik jam tangan pintar Galaxy Watch untuk memantau tekanan darah melalui aplikasi Samsung Health Monitor.

Berita ini telah diumumkan selepas Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah Korea Selatan (MFDS) telah memberi kelulusan terhadap fungsi baharu ini. Menurut Samsung, fungsi ini boleh digandingkan dengan Galaxy Watch Active2 kerana peranti ini dilengkapi dengan teknologi sensor yang terkini.

Melalui sokongan fungsi pemantauan tekanan darah dalam aplikasi Samsung Health Monitor, ia boleh membantu pengguna untuk mengukur dan menjejaki tekanan darah mereka agar dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit berkaitan otak, buah pinggang, jantung, termasuklah strok.

Aplikasi Samsung Health Monitor akan tersedia untuk Galaxy Watch Active2 sekitar suku ketiga tahun ini, dan ketersediaan aplikasi ini akan diperluaskan untuk peranti Galaxy Watch yang lain pada masa akan datang.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend