Samsung Pay Mula Terima Kemas Kini Baharu Dengan Sokongan Mod Gelap Comments Off on Samsung Pay Mula Terima Kemas Kini Baharu Dengan Sokongan Mod Gelap

Samsung baru-bari ini telah dilaporkan mula memperkenalkan kemas kini baharu untuk aplikasi Samsung Pay yang telah menampilkan sokongan mod gelap. Walau bagaimanapun buat masa ini tidak dapati dipastikan sama ada kemas kini baharu akan diterima oleh semua pengguna Samsung ataupun tidak.

Namun begitu, mod gelap pada aplikasi Samsung Pay hanya boleh diaktifkan apabila anda mengaktifkan mod gelap pada tetapan peranti sahaja. Ini kerana tiada butang suis penukaran mod gelap disediakan di dalam aplikasi Samsung Pay.

kredit: sammobile

Penyediaan mod gelap secara meluas pada aplikasi mudah alih ini telah dibuat selepas ada kajian yang mendapati bahawa penggunaan antaramuka gelap pada peranti dengan sokongan panel berasaskan OLED mampu menjimatkan penggunaan bateri.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend