Samsung Mungkin Mengikut Jejak Vivo Nex Untuk Kamera Depan 0 731

Vivo Nex merupakan telefon pintar pertama yang hadir dengan kamera depan berupa periskop seperti yang kita lihat pada alat teropong kapal selam. Rekaan kamera sebegini telah menarik perhatian ramai termasuk peminat teknologi dan mereka melihatnya sebagai satu inovasi.

Hari ini Samsung pula dilaporkan akan menggunakan rekaan seperti ini pada peranti mereka yang akan datang. Peranti yang dimaksudkan adalah Samsung Galaxy A90. Melalui tweet IceUniverse yang sering menyampaikan maklumat tepat, Samsung mungkin sudah menemui jalan untuk menghilangkan takuk dan lubang pada skrin dengan menggunakan kamera depan boleh disembunyi (periskop).

Ia sekaligus menjadikan Samsung kini sebagai syarikat yang mengeluarkan produk diperlukan pengguna dan bukan seperti sebelum ini. Terdahulu, Samsung telah melancarkan Galaxy M10 dan Galaxy M20 di bawah segmen pertengahan. Kedua-dua peranti ini menggunakan paparan bertakuk berkonsep titisan air yang dipanggil ‘Infinity V’.

Samsung Galaxy M10 dan M20 buat masa ini dijual di pasaran India pada harga bermula Rs 7990 (~RM462) hingga Rs 12900 (~RM751) seunit. Maklumat lanjut mengenai peranti anda boleh klik ke pautan berkaitan di bawah.

Samsung Galaxy M10 Dan Galaxy M20 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Rekaan Takuk Kecil

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend