Samsung Mungkin Guna Nama ‘Galaxy S20’ Untuk Peranti Mercu Akan Datang Comments Off on Samsung Mungkin Guna Nama ‘Galaxy S20’ Untuk Peranti Mercu Akan Datang

Samsung dijangka akan melancarkan telefon pintar mercu siri-S generasi ke-11 pada bulan Februari atau Mac tahun hadapan memandangkan kitaran setahun model tersebut bakal tiba.

Sejak sebulan dua ini, kita telah mendengar banyak khabar angin mengenai siri Galaxy S11. Namun yang terkini, Samsung berkemungkinan akan menggunakan nama lain untuk peranti tersebut.

Baca: Ketiga-tiga Model Samsung Galaxy S11 Mungkin Dilengkapi Kamera Telefoto 48MP

Menurut Ice universe, peniris yang sering menyampaikan maklumat tepat untuk produk Samsung baru-baru ini telah memuat naik kicauan ‘Galaxy S20’ di Twitter. Hal ini secara tidak langsung memberi bayangan kepada kita bahawa Samsung akan menggunakan nama tersebut bagi menggantikan nama ‘Galaxy S11’.

Perkara ini mungkin berlaku kerana pesaing rapat dari China seperti HUAWEI telah mula menggunakan model dengan nombor puluhan pada telefon-telefon mercu mereka.

Ia juga dilihat sebagai salah satu cara bagaimana Samsung ingin memanipulasi pemikiran pengguna yang kita sedia tahu akan tertarik pada angka yang lebih tinggi untuk model yang terkini.

Baca juga:

Samsung Galaxy S11 Dipercayai Sokong Cipset Exynos 9830 Atau Snapdragon 865 Dan RAM LPDDR5

Samsung Galaxy S11 Disahkan Hadir Dengan Sokongan Teknologi 5G Dan Pengecasan Pantas 25W

Imej Pengolokan Samsung Galaxy S11e Memperlihatkan Lubang Kamera Pada Skrin Dan Tiga Kamera

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend