Samsung Merancang Untuk Menghasilkan Sensor Kamera 144MP Menggunakan Proses 14nm Comments Off on Samsung Merancang Untuk Menghasilkan Sensor Kamera 144MP Menggunakan Proses 14nm

Selain tampil dengan sokongan lebih daripada satu lensa kamera untuk mod penggambaran berbeza, sejak kebelakangan ini juga pengeluar telefon pintar dilihat telah mula berlumba-lumba untuk memperkenalkan sensor kamera yang lebih besar. Jika sebelum ini sokongan lensa 48MP dan 64MP telah digunakan secara meluas, kini sensor kamera 108MP pula telah diperkenalkan.

Jika anda merasakan sensor kamera yang digunakan pada Xiaomi Mi Note 10 itu sudah cukup besar, Samsung baru-baru ini telah dilaporkan sedang merancang untuk membangunkan sensor kamera sebesar 144MP menggunakan proses 14nm FinFET. Perkara ini telah berjaya didedahkan oleh peniris terkenal iaitu Ice Universe yang telah memuat naik gambar berkaitan sensor tersebut.

Samsung ISOCELL Bright GW1 sebelum ini diperkenalkan dengan sokongan resolusi kamera sebesar 64MP.

Ketirisan berita ini berkemungkinan besar ada kebenarannya kerana Samsung baru-baru ini telahpun mempamerkan proses pembuatan 14nm FinFET yang dioptimumkan untuk aplikasi pengimejan. Sekaligus mengesahkan perancangan Samsung untuk menghasilkan sensor 144MP untuk telefon pintar, dan ini disahkan lagi dengan keupayaan cipset Snapdragon 865 yang mampu menyokong sehingga 200MP.

Baca juga:

Samsung Perkenal Sensor Kamera ISOCELL Bright GW1 Beresolusi 64MP

Qualcomm Umum Tiga Cipset Terbaharunya Dengan Sokongan 5G – Snapdragon 865, 765 Dan 765G

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend