Samsung Menerima Kelulusan Paten Untuk Telefon Pintar Boleh Lipat Serta Paparan Skrin Lut Sinar Comments Off on Samsung Menerima Kelulusan Paten Untuk Telefon Pintar Boleh Lipat Serta Paparan Skrin Lut Sinar

Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USPTO) baru-baru ini telah memberikan kelulusan kepada Samsung untuk mempatenkan rekaan telefon pintar boleh lipat dan juga paparan skrin lut sinar. Lebih menariknya, paten untuk rekaan itu juga turut mendedahkan ilustrasi untuk rekaan tersebut dengan lebih terperinci.

Melalui pendedahan paten di laman rasmi USPTO, Samsung bercadang untuk memperkenalkan dua jenis rekaan telefon pintar boleh lipat iaitu rekaan pertama membolehkan peranti itu dilipat kepada dua bahagian. Manakala paten yang kedua pula dilihat lebih rumit rekaannya kerana peranti boleh dilipat pada tiga bahagian berasingan.

Berdasarkan kepada ilustrasi dan juga butiran paten yang dikongsikan, engsel yang akan digunakan pada telefon pintar boleh lipat ini kelihatan sangat sofistikated kerana ia melibatkan sistem penuh yang merangkumi penggunaan sensor bagi membolehkannya untuk dilipat. Pengguna akan meletakkan jari pada bahagian sensor untuk melipat peranti dan ia secara automatik akan memastikan paparan skrin diubah mengikut sudut bukaan.

Selain itu, Samsung juga dilihat turut mempatenkan paparan skrin lut sinar yang akan menggunakan teknologi Realiti Tambahan (AR) bagi membolehkan objek yang terlindung di sebalik kerangka peranti dapat dipaparkan pada skrin. Sungguhpun begitu, tidak dapat dipastikan bilakah kedua-dua rekaan inovasi canggih ini akan menjadi kenyataan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend