
Sebagai sebahagian daripada aplikasi Good Lock 2018 yang telah diperkenalkan oleh Samsung di Korea Selatan, kini satu lagi aplikasi baharu telah diperkenalkan iaitu ClockFace yang menawarkan lebih kurang 30 muka jam baharu untuk digunakan pada paparan Always-on Display (AOD) pada peranti keluaran Samsung.
Walau bagaimanapun agak mengecewakan kerana aplikasi ClockFace ini tidak tersedia untuk dimuat turun melalui Galaxy App Store ataupun Google Play Store buat masa ini. Sungguhpun begitu anda sebenarnya masih boleh memasangnya secara manual (sideload) dengan memuat turun fail APK Samsung ClockFace 1.0.04.9.
Tetapi ingin dimaklumkan bahawa aplikasi ClockFace ini tidak sesuai untuk semua peranti Samsung kerana ia memerlukan peranti Galaxy dengan sokongan paparan Super AMOLED, dioperasikan dengan Android 8.0 Oreo dan juga menyokong antaramuka Samsung Experience 9.0.