Samsung Memulakan Pengeluaran Storan 512GB eUFS 3.0 Pertama Dunia Secara Besar-Besaran Comments Off on Samsung Memulakan Pengeluaran Storan 512GB eUFS 3.0 Pertama Dunia Secara Besar-Besaran 210

Tidak lama selepas pengumuman siri Galaxy S10 minggu ini, Samsung nampaknya melonjak ke hadapan dengan satu lagi pengumuman besar. Syarikat kebanggaan Korea Selatan ini kini dilaporkan sedang memulakan pengeluaran storan 512GB eUFS 3.0 secara besar-besaran untuk kegunaan industri elektronik tidak lama lagi.

Storan ini difahamkan lebih bertenaga dan lebih berprestasi jika dibandingkan dengan storan eUFS 2.1 yang berada di pasaran sekarang. Ini menjadikan Samsung sebagai pengeluar pertama di dunia yang akan mengkomersialkannya.

Naib Presiden Jualan Memori dan Pemasaran Samsung, Jeong Suk berkata melalui standard terbaharu ini akhirnya syarikat dapat bergerak seiring dengan trend laptop ultra-nipis dalam memberikan prestasi storan yang lebih baik.

Samsung 512GB eUFS 3.0 dimuatkan cip generasi ke-5 512-gigabit V-NAND yang bertanggungjawab memberikan kawalan prestasi tertinggi pada memori. Ia mampu mencapai kelajuan bacaan 2,100 MB/s – dua kali ganda lebih pantas berbanding memori eUFS 2.1.

Malahan, kelajuan membaca ini adalah empat kali ganda lebih pantas berbanding storan SSD konvensional yang dioperasikan antaramuka SATA. Sementara kelajuan menulis pula adalah 410MB/s yang mana sama seperti SATA SSD.

Selain daripada itu, bacaan IOPS pula nampaknya memperoleh skor yang lebih tinggi pada kelajuan membaca rambang dan kelajuan menulis rambang. Masing-masing mencatatkan 63,000 IOPS dan 68,000 IOPS yang mana 630 kali ganda lebih laju berbanding kad microSD.

Pada masa sama, Samsung turut mengumumkan bahawa mereka sedang menghasilkan cip 128GB selain bercadang untuk mengeluarkan cip 256GB dan 1TB tidak lama lagi sekitar separuh kedua tahun ini.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend