Samsung Memulakan Pengeluaran Storan 1TB eUFS 2.1 Secara Besar-Besaran Comments Off on Samsung Memulakan Pengeluaran Storan 1TB eUFS 2.1 Secara Besar-Besaran

Samsung sememangnya sangat mahir mencipta perkakasan elektronik dan ia diakui oleh ramai pihak. Hari ini syarikat gergasi itu mengumumkan bahawa mereka kini memulakan pengeluaran storan 1TB berasaskan eUFS untuk telefon pintar. Ini sekaligus menjadikan Samsung sebagai syarikat pertama di dunia mengeluarkannya secara besar-besaran.

Samsung juga mendedahkan bacaan kelajuan memori ini dan menurut mereka, eUFS 2.1 1TB mampu mencapai 1000 megabit (Mbps) dan kelajuan rawak sekitar 58000 IOPS. Memori ini direka untuk membawakan kelancaran telefon pintar dalam merakam video 4K.

Melalui pengumuman ini, kita boleh menjangka Samsung akan menyajikan storan 1TB ini pada peranti Samsung Galaxy S10 Plus yang akan dilancarkan bulan hadapan.

Samsung Galaxy S10 Plus Versi Seramik Akan Dilengkapi 12GB RAM Dan 1TB Storan

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend