Samsung Mempatenkan Lapisan Oleophobic Yang Boleh Dibaiki Sendiri Untuk Telefon Pintar Comments Off on Samsung Mempatenkan Lapisan Oleophobic Yang Boleh Dibaiki Sendiri Untuk Telefon Pintar

Penggunaan panel kaca dengan kemasan permukaan yang berkilat sememangnya sudah menjadi trend pengeluar telefon pintar dan tidak dinafikan lagi ia sememangnya mampu menyerlahkan rekaan peranti tersebut. Sungguhpun begitu, isu yang paling menjengkelkan untuk kemasan sebegini adalah kesan cap jari yang akan jelas kelihatan.

Kesan kotoran atau cap jari mampu diatasi dengan adanya lapisan oleophobic.

Menyedari akan isu tersebut, Samsung baru-baru ini telah mempatenkan lapisan oleophobic yang mampu dibaiki dengan sendirinya. Untuk pengetahuan anda, lapisan oleophobic telah diperkenalkan pada sesetengah telefon pintar bagi mengatasi masalah kesan cap jari pada skrin atau panel kaca. Namun begitu lapisan ini akan hilang atau pudar dari masa ke semasa.

Melalui paten yang telah dihantar, Samsung akan menggunakan komposisi sebatian polyrotaxane, polyhedral silsesquioxane dan juga fluorinated (meth) acryl. Kombinasi sebatian ini bukan sahaja boleh memastikan lapisan oleophobic itu dibaiki sendiri, tetapi ia juga boleh digunakan pada pelindung skrin kaca ataupun peranti dengan skrin boleh lipat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend