Samsung Mempatenkan Dua Rekaan Untuk Generasi Kedua Galaxy Z Flip Dengan Sokongan Tiga Kamera Comments Off on Samsung Mempatenkan Dua Rekaan Untuk Generasi Kedua Galaxy Z Flip Dengan Sokongan Tiga Kamera

Melalui pendedahan yang dikongsikan oleh letsgodigital, Samsung dikhabarkan telah merancang untuk melengkapkan sokongan tiga kamera untuk Galaxy Z Flip generasi kedua.

Samsung Electronics dilaporkan telah memfailkan dua paten di Pejabat Harta Intelek Dunia (WIPO) pada Januari 2020 di Jerman. Berdasarkan paten yang telah didedahkan pada 28 April 2020, kedua-dua paten itu menyaksikan sokongan tiga kamera yang hadir dengan rekaan berbeza.

Melalui paten pertama, Galaxy Z Flip 2 menampilkan sokongan tiga kamera dengan rekaan melintang yang diletakkan sebaris dengan panel notifikasi. Manakala paten kedua pula menyaksikan rekaan tiga kamera menegak yang secara tidak langsung menyaksikan saiz panel notifikasi yang lebih lebar.

Samsung Galaxy Z Flip 2 dijangka akan dilancarkan sama ada serentak dengan pelancaran Galaxy Note 20 pada separuh kedua tahun 2020, ataupun serentak dengan pengumuman siri Galaxy S21 pada acara MWC 2021 pada pertengahan bulan Februari tahun depan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend