Samsung Malaysia Umum Tarikh Pra-tempah Galaxy S20 – Dari 12 Hingga 26 Feb Percuma Galaxy Buds+ Comments Off on Samsung Malaysia Umum Tarikh Pra-tempah Galaxy S20 – Dari 12 Hingga 26 Feb Percuma Galaxy Buds+

Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan tarikh pra-tempah peranti mercu terbaru mereka, Galaxy S20, Galaxy S20+, dan Galaxy S20 Ultra untuk pasaran Malaysia.

Masing-masing boleh ditempah pada harga RM3599, RM3999, dan RM4,999 di wakil penjual terpilih seperti berikut:

  • Maxis
  • Celcom
  • Digi
  • YTL
  • U Mobile
  • Senheng
  • SenQ
  • Harvey Norman
  • Courts
  • Urban Republic
  • Best Denki
  • Samsung official online store di Lazada
  • Samsung official online store di Shopee

Pelanggan yang menempah mana-mana peranti yang disebut, akan menerima Galaxy Buds+ bernilai RM599 secara percuma.

Pra-tempah dibuka kepada orang ramai bermula hari ini jam 5 petang, 12 Feb hingga 26 Feb 2020. Untuk pengetahuan anda, varian yang ditawarkan adalah versi 4G kecuali Galaxy S20 Ultra datang dengan versi 5G.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend