Samsung Malaysia Turut Bawa Masuk Galaxy Watch Active – Ditawarkan Pada Harga RM799 Comments Off on Samsung Malaysia Turut Bawa Masuk Galaxy Watch Active – Ditawarkan Pada Harga RM799 576

Bersama-sama pelancaran Samsung Galaxy S10 di Genting Highland hari ini, pihak Samsung turut mengumumkan jam tangan pintar Galaxy Watch Active untuk pasaran tempatan. Ia ditawarkan pada harga mampu milik iaitu RM799 seutas bermula pada 8 Mac 2019.

Jam tangan pintar ini dilengkapi skrin berbentuk bulat dengan kerangka badan nipis. Ia juga dikemaskan dengan tali jam getah yang selesa dipakai. Daripada segi spesifikasi, jam ini dipadankan dengan paparan AMOLED bersaiz 1.1-inci yang dijana cip dua teras Exynos 9110. Selain itu ia dipadatkan bersama bateri 230mAh dan memori kurang daripada 1GB RAM.

Jam ini menyokong ciri kalis air dan debu IP68 yang membolehkan ia bertahan pada kedalaman air sekitar 50 meter. Apa yang menariknya ia boleh dicas menggunakan pad pengecas yang disediakan tanpa pengguna perlu mencucuk sebarang kabel pada badan jam – sekaligus boleh dicas terus di belakang panel Galaxy S10.

Samsung Galaxy Watcg Active ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, perak, dan emas ros.

Baca juga:

Samsung Galaxy S10 Akan Mula Dijual Pada 8 Mac 2019 – Diikuti Tawaran Hadiah Menarik Di 3 Lokasi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend