Samsung Malaysia Sahkan Siri Galaxy M Akan Dijual Secara Eksklusif Di ‘Samsung Online Store’ Comments Off on Samsung Malaysia Sahkan Siri Galaxy M Akan Dijual Secara Eksklusif Di ‘Samsung Online Store’

Berikutan daripada khabar angin berhubung kemasukan siri Galaxy M di Malaysia, hari ini Samsung Malaysia sendiri telah mengesahkan spekulasi tentang peranti kelas pertengahannya itu. Walau bagaimanapun menurut Samsung Malaysia, siri Galaxy M itu akan hanya dijual secara eksklusif di laman rasmi ‘Samsung Online Store‘.

Samsung Online Store

Pengumuman ini secara tidak langsung menyaksikan siri Galaxy M akan menjadi peranti pertama daripada Samsung yang akan dijual secara eksklusif dalam talian. Berdasarkan kepada gambar yang dikongsikan oleh Samsung Malaysia, siri Galaxy M yang sah akan dibawa masuk adalah model Samsung Galaxy M20.

Samsung Galaxy M20 (kiri) dan Samsung Galaxy M10 (kanan)

Samsung Galaxy M20 akan dikuasakan dengan pemproses Exynos 7904 (14nm), menyokong skrin 6.3 inci IPS LCD FHD+ (2340 x 1080 piksel), dwi kamera 13MP (f/1.9) + 5MP (f/2.2), kamera depan 8MP (f/2.0), bateri berkapasiti 5000 mAh (USB Type-C) dengan sokongan pengecasan pantas 15W, dan sambungan WiFi 802.11n.

Harga jualan Samsung Galaxy M20 di India:

  • 3GB + 32GB → Rs10,990 (kira-kira RM637)
  • 4GB + 64GB → Rs12,990 (kira-kira RM754)

Bagi yang berminat untuk memiliki siri Galaxy M yang pertama ini, anda boleh mendaftar minat di laman rasmi Samsung Malaysia.

Baca juga:

Samsung Galaxy M10 Dan Galaxy M20 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Rekaan Takuk Kecil

Samsung Malaysia Kini Melancarkan ‘Samsung Online Store’ Bagi Memudahkan Pembelian Telefon Pintar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend