Samsung Malaysia Perkenal Galaxy A01 Untuk Pasaran Tempatan Pada Harga RM449 Comments Off on Samsung Malaysia Perkenal Galaxy A01 Untuk Pasaran Tempatan Pada Harga RM449

Hari ini Samsung Electronics Malaysia telah memperkenalkan satu lagi model mampu milik terbaharunya untuk pengguna tempatan iaitu model Galaxy A01.

Dioperasikan dengan platform Samsung One UI berasaskan Android 10, Galaxy A01 turut dikuasakan dengan cipset Snapdragon 439 (12nm), RAM 2GB dan juga storan sebesar 16GB yang boleh dibesarkan melalui kad microSD sehingga 512GB.

Galaxy A01 juga dilengkapi dengan paparan skrin PLS TFT LCD sebesar 5.7 inci HD+ (720 x 1520 piksel). Ia turut menampilkan rekaan takuk kecil bagi menempatkan kamera depan beresolusi 5MP (f/2.2), dan juga dwi kamera utama beresolusi 13MP (f/2.2) + 2MP (Depth, f/2.4).

Spesifikasi lain yang disokong oleh Galaxy A01 termasuklah bateri berkapasiti 3000mAh, WiFi 802.11n (2.4GHz), bicu audio 3.5mm, port microUSB, Bluetooth v4.2, fungsi pengecaman wajah, dan juga sambungan fon telinga berkualiti Dolby Atmos.

Tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, biru dan merah, Galaxy A01 kini sudahpun mula dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM449. Anda boleh mendapatkannya melalui Samsung Experience Stores, pengedar sah di seluruha Malaysia dan juga secara atas talian.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend