Samsung Malaysia Buka Pra-tempahan Galaxy Fold Mulai 9 Oktober Ini – RM8388 Comments Off on Samsung Malaysia Buka Pra-tempahan Galaxy Fold Mulai 9 Oktober Ini – RM8388 306

Samsung Galaxy Fold kini diumumkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Harga ditawarkan ialah RM8388 sebuah dan pra-tempahan peranti ini akan dibuka mulai 8 Oktober 2019 di seluruh negara.

Anda boleh mendapatkan peranti berinovasi ini dengan mengunjungi mana-mana wakil penjual sah untuk membuat tempahan awal. Dua pilihan warna ditawarkan adalah Cosmos Black dan Space Silver.

Pakej pembelian Samsung Galaxy Fold

Setiap pra-tempahan, pelanggan akan menerima akses eksklusif untuk Samsung Care Services seperti:

  • khidmat nasihat satu pelanggan-satu pakar
  • bantuan dalam talian atau dalam telefon 24/7
  • keutamaan beratur di kaunter
  • penghantaran pintu-ke-pintu
  • perlindungan 1 tahun

Walau bagaimanapun, tiada hadiah percuma seperti aksesori ditawarkan untuk pelanggan terawal (early bird package). Pelanggan perlu membayar deposit sebanyak RM800 untuk satu tempahan dan boleh mengambil peranti antara 16 hingga 31 Oktober 2019.

Kehadiran Samsung Galaxy Fold ke Malaysia sekaligus menjadikan ia telefon pintar pertama boleh-lipat dijual di negara ini. Peranti premium ini menawarkan dua skrin di luar dan dalam serta enam kamera kesemuanya. Namun begitu, peranti ini bukanlah peranti yang tahan lasak memandangkan Samsung sendiri menasihatkan pengguna mereka supaya berhati-hati semasa menyentuh paparan skrin Galaxy Fold.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend