Samsung Malaysia Buat Promosi Untuk Galaxy A30s Dan A51 Pada Harga Bermula RM899 Comments Off on Samsung Malaysia Buat Promosi Untuk Galaxy A30s Dan A51 Pada Harga Bermula RM899

Samsung Galaxy A30s dan Galaxy A51 merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang kini berada di pasaran Malaysia.

Sepanjang bulan Mac, Samsung Malaysia mengadakan kempen promosi untuk dua peranti ini pada harga bermula RM899.

Apa yang perlu anda buat ialah bawa telefon lama untuk ditukar ganti dengan rebat untuk menikmati diskaun RM100 daripada harga asal peranti.

Sepanjang tempoh kempen, Galaxy A30s boleh didapati pada harga RM899. Peranti hadir dengan skrin Super AMOLED 6.4-inci HD+, cip pemproses Exynos 7904, memori 4GB+64GB, bateri 4000mAh pengecasan 15W, kamera belakang 25MP+8MP+5MP, kamera depan 16MP, dan dijalankan Android Pie. Ditawarkan dalam pilihan warna Prism Crush Black, Prism Crush White, dan Prism Crush Green.

Manakala Galaxy A51 pula boleh dimiliki pada harga RM1199. Peranti dilengkapi paparan Super AMOLED 6.5-inci, cip pemproses Exynos 9611, memori 6GB+128GB, bateri 4000mAh pengecasan 15W, kamera belakang 48MP+12MP+5MP+5MP, kamera depan 32MP, dan dijalankan Android 10. Ditawarkan dalam pilihan warna Prism Crush Black, Prism Crush White, dan Prism Crush Blue.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend