Samsung Mahu Hasilkan Sensor 600MP Untuk Kegunaan Telefon, Kenderaan, Dron, Dan IoT Comments Off on Samsung Mahu Hasilkan Sensor 600MP Untuk Kegunaan Telefon, Kenderaan, Dron, Dan IoT

Samsung merupakan antara pengeluar sensor kamera telefon pintar terbesar di dunia. Hari ini sensor 108 Megapiksel keluaran mereka telah digunakan di beberapa model telefon pintar.

Terbaru, Samsung melaporkan bahawa mereka bakal tampil dengan sensor 600 Megapiksel pada masa hadapan. Bagaimanapun perkara yang diumumkan ini masih lagi diperingkat awal tanpa sebarang maklumat bilakah ia akan diproduksikan.

Sensor 600 Megapiksel itu dikatakan mempunyai resolusi yang tinggi sehingga mampu menghasilkan imej yang sangat terperinci berbanding sepasang mata manusia. Menurut kajian, apa yang dilihat oleh mata manusia boleh disamakan dengan sensor 500MP.

Ketua dalam jabatan yang terbabit, Yongin Park turut memaklumkan kegunaan sensor tersebut mungkin tidak terhad pada telefon pintar sahaja tetapi akan diperluaskan ke dalam teknologi lain contohnya seperti kereta swapandu, dron, dan IoT.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend