Samsung Lanjutkan Kempen Rebat RM400 Galaxy Note 9 Di Kedai Fizikal Dan Dalam Talian Comments Off on Samsung Lanjutkan Kempen Rebat RM400 Galaxy Note 9 Di Kedai Fizikal Dan Dalam Talian

Samsung Galaxy Note 9 boleh dikatakan telefon pintar serba lengkap yang ditawarkan pada harga kompetitif. Bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengguna di luar sana mendapatkan peranti ini lebih murah, Samsung Malaysia telah melanjutkan kempen rebat RM400 hingga 14 Mei depan – berbanding tempoh asal yang berakhir pada bulan lalu.

Kempen ini sekaligus membolehkan pelanggan menikmati potongan harga sebanyak RM400 untuk pembelian Galaxy Note 9 128GB atau 512GB. Pelanggan boleh memilih empat warna yang berbeza iaitu Midnight Black, Metallic Copper, Ocean Blue, ataupun yang terbaru Lavender Purple.

Samsung memaklumkan peranti ini boleh didapati pada harga promosi selagi stok masih ada. Anda boleh mendapatkannya di mana-mana kedai Samsung Experience Store seluruh negara ataupun belinya terus secara dalam talian di kedai rasmi Samsung Malaysia.

Baca juga:

Samsung Galaxy Note 9 – Apakah Penambahbaikan Berbanding Generasi Sebelumnya?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend