Samsung Lancar TV QLED 2018 Dengan Harga Bermula Dari RM8,489 Di Malaysia Comments Off on Samsung Lancar TV QLED 2018 Dengan Harga Bermula Dari RM8,489 Di Malaysia

Hari ini Samsung Malaysia telah melancarkan siri terbaru TV QLED 2018 untuk pasaran tempatan dengan penawaran tiga model iaitu Q9F 4K Smart QLED TV, Q8C 4K Curved Smart TV dan juga Q7F 4K Smart QLED TV.

Diperkenalkan buat pertama kalinya pada Mac yang lalu di New York, TV QLED 2018 ini bukan sahaja dilengkapi dengan teknologi berasaskan AI bagi memudahkan sambungan pada telefon pintar, tetapi ia juga hadir dengan teknologi canggih seperti Direct Full Array untuk kawalan pintar backlighting.

Sokongan teknologi Anti-reflection juga berupaya memastikan kualiti paparan terbaik apabila dilihat dari pelbagai sudut. Manakala teknologi Q Engine pula secara automatik akan memastikan kandungan yang dipaparkan ditingkatkan ke kualiti UHD.

Selain TV QLED 2017, Samsung Malaysia turut mengumumkan kehadiran empat model soundbar terbaru keluarannya. Kesemua produk ini akan mula dijual pada 1 Jun 2018 nanti di semua Samsung Brand Stores dan penjual yang sah di seluruh negara.

Harga TV QLED 2018:

  • Q9F 4K Smart QLED TV – RM34,904 (75″) / RM18,866 (65″)
  • Q8C 4K Curved Smart TV – RM16,980 (65″) / RM9,433 (55″)
  • Q7F 4K Smart QLED TV – RM31,131 (75″) / RM15,093 (65″) / RM8,489 (55″)

Harga Soundbar:

  • 5.1 Ch Wall-Mounted Soundbar HW-NW700 – RM2,923
  • 360W 5.1 Ch Panoramic Soundbar HW-N650 – RM2,451
  • 340W 3.1 Ch Soundbar with Wireless Subwoofer HW-N550 – RM1,602
  • 320W 2.1 Ch Soundbar with Wireless Subwoofer HW-N450 – RM1,225

*Harga yang dipaparkan di atas dengan 0% GST. 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend