Samsung Lancar Siri Galaxy S9 Atau Park Bo Gum? Comments Off on Samsung Lancar Siri Galaxy S9 Atau Park Bo Gum?

Siri Galaxy S9 bukan bintang utama dalam majlis pelancaran semalam

Wajah tenang Pavilion Kuala Lumpur bertukar haru biru semalam ketika majlis pelancaran Samsung Galaxy S9 & S9+. Jerit pekik peminat yang setia menunggu sejak pagi bergema di setiap sudut kompleks membeli belah…namun majoriti yang berasda di sana bukanlah untuk menyambut Galaxy S9…

Aktor terkenal Korea, Park Bo Gum yang dipilih menjadi duta produk diterbangkan dari Korea menjadi tarikan utama di majlis pelancaran tersebut, setiap perkataan yang keluar dari mulutnya disambut jeritan peminat. Agak sukar untuk media bergerak di dalam majlis yang sungguh padat, namun perjuangan untuk merasai sendiri peranti ini buat kali pertama harus diteruskan.

 

Galaxy S9

Merupakan variasi asas bagi siri kali ini walaupun begitu ia tidak lokek dengan ciri terbaru dan perkakasan yang hebat. Ia masih mengekalkan ciri utama yang diketengahkan Samsung pada tahun ini, iaitu kamera utama dengan fungsi Variable Aperture, prestasi low light yang lebih baik dan juga Super Slow Mo.

Berikut adalah spesifikasi Galaxy S9:

Dimensi 147.7 x 68.7 x 8.5 mm (5.81 x 2.70 x 0.33 inci)
Berat 163 g
Kemasan Panel depan & belakang Gorilla Glass 5 + kerangka aluminum
Paparan 5.8 inci, Super AMOLED
Resolusi 1440 x 2960 piksel
OS Android 8.0 (Oreo)
Cipset Exynos 9810 Octa
ROM 64 GB
RAM 4 GB
Kamera Belakang 12 MP (f/1.5-2.4, 26mm, 1/2.5″, 1.4 µm, Dual Pixel PDAF), phase detection autofocus, OIS, LED flash,
Kamera Hadapan 8 MP (f/1.7, 25mm, 1/3.6″, 1.22 µm), autofocus, [email protected], dual video call, Auto HDR
Bateri 3000 mAh

 

Galaxy S9+

Kita lihat pula model yang sepatutnya menjadi perhatian pada acara ini. Galaxy S9+ merupakan model yang dipertaruhkan Samsung pada tahun ini bagi bersaing dengan peranti flagship lain.

Secara dasarnya ia mempunyai spesifikasi dan perkakasan yang lebih baik dari Galaxy S9. Namun adakah ianya pembelian yang berbaloi berbanding Galaxy S9 adalah satu persoalan yang aku akan sentuh di hujung artikel. Perbezaan Galaxy S9 dengan Galaxy S9+ dirumuskan seperti di bawah:

Setup dwi kamera berbanding satu.

6GB RAM berbanding 4GB.

Paparan yang lebih luas.

Bateri lebih besar.

Berikut adalah spesifikasi Galaxy S9+:

Dimensi 158.1 x 73.8 x 8.5 mm (6.22 x 2.91 x 0.33 inci)
Berat 189 g
Kemasan Panel depan & belakang Gorilla Glass 5 + kerangka aluminum
Paparan 6.2 inci, Super AMOLED
Resolusi 1440 x 2960 piksel
OS Android 8.0 (Oreo)
Cipset Exynos 9810 Octa
ROM 64 / 128 / 256 GB
RAM 6 GB
Kamera Belakang 1.      12 MP (f/1.5-2.4, 26mm, 1/2.5″, 1.4 µm, Dual Pixel PDAF), phase detection autofocus, OIS, LED flash,

2.      Telephoto, 12 MP AF sensor, f2.4

Kamera Hadapan 8 MP (f/1.7, 25mm, 1/3.6″, 1.22 µm), autofocus, [email protected], dual video call, Auto HDR
Bateri 3500 mAh

 

Galaxy S9 atau Galaxy S9+?

Model Memori Warna             Harga (RM)
 

Galaxy S9

 

64GB

-Midnight Black

-Coral Blue

– Lilac Purple

RM 3,299
 

 

 

Galaxy S9+

 

64GB

-Midnight Black

-Coral Blue

– Lilac Purple

RM 3,799
 

128GB

-Midnight Black

-Coral Blue

– Lilac Purple

RM 3,999
256GB -Midnight Black RM 4, 399

Galaxy S9 dijual pada harga RM 3,299 dan pada pandangan aku merupakan pembelian dengan nilai yang lebih baik berbanding Galaxy S9+.

Kenapa bukan Galaxy S9+?

Tambah baik yang paling menonjol pada siri Galaxy tahun ini adalah pada kemampuan kamera Variable Aperture, dan ciri ini ada pada Galaxy S9 dan juga Galaxy S9+. Jadi jika dibandingkan perbezaan lain yang ada di antara kedua-dua variasi ini, aku rasakan amat berbaloi untuk mendapatkan Galaxy S9.

Mungkin ada yang mengatakan kapasiti RAM Galaxy S9+ lebih besar dan mempunyai kelebihan, tetapi bagi aku 6GB untuk RAM agak overkill dan tidak menyumbang perbezaan yang begitu besar dalam penggunaan harian. Lainlah jika korang amat mementingkan fungsi kamera telephoto dan juga mampu menghabiskan bateri dengan pantas, jadi dipersilakan tambah RM 500 untuk model Samsung Galaxy S9+.

Penutup

Fungsi variable aperture membuka potensi baru di dalam pasaran smartphone, dan sudah pasti jenama lain akan menyusul dengan fungsi ini. Walaupun siri Galaxy S9 bukan bintang utama dalam majlis pelancaran semalam, bagi peminat gajet seperti kami, ia amat mengujakan untuk melihat fungsi dan teknologi baru diperkenalkan setiap tahun.

Untuk itu, terima kasih Samsung.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend