Samsung Lancar Galaxy Buds+ Dalam Dua Warna Baharu Untuk Pasaran Korea Comments Off on Samsung Lancar Galaxy Buds+ Dalam Dua Warna Baharu Untuk Pasaran Korea

Hari ini Samsung Electronics telah melancarkan Galaxy Buds+ dalam dua warna baharu iaitu merah jambu dan juga merah, eksklusif untuk pasaran Korea. Penawaran dua warna baharu ini akan dijual bersama-sama dengan tiga warna sedia ada iaitu putih, hitam dan juga biru.

Galaxy Buds+ dalam dua warna baharu ini telah ditawarkan secara atas talian di negara itu pada harga yang sama dengan warna sedia ada iaitu KRW173,000 (RM614).

Samsung Electronics turut melaporkan bahawa mereka telah berjaya menjual lebih 250,000 unit Galaxy Buds untuk pasaran Korea Selatan sahaja.

Dengan sokongan masa mendengar muzik mencecah sehingga 11 jam dengan sekali cas, Galaxy Buds+ turut dilengkapi fungsi pengaktifan aplikasi penstriman muzik melalui sentuhan pada pad sentuh.

sumber (Bahasa Korea)

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend