Samsung Kemas Kini Laman Rasminya Untuk Persediaan Peranti Boleh Lipat Generasi Keduanya Comments Off on Samsung Kemas Kini Laman Rasminya Untuk Persediaan Peranti Boleh Lipat Generasi Keduanya

Samsung baru sahaja memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat pertamanya iaitu Galaxy Fold untuk pasaran global termasuklah di Malaysia. Nampaknya jenama pengeluar telefon pintar nombor satu dunia ini sangat komited apabila dilaporkan akan tampil dengan generasi kedua peranti tersebut.

Samsung Galaxy Fold generasi pertama yang telahpun dijual secara rasmi di Malaysia.

Perkara ini disahkan selepas Samsung Afrika sudah dilihat mula mengemaskini laman rasminya untuk model SM-F700F. Sebagaimana yang diketahui, nombor model itu merujuk kepada telefon pintar dengan skrin boleh lipat generasi kedua yang menampilkan rekaan clamshell mirip seperti Motorola razr.

Sungguhpun begitu, buat masa ini tiada sebarang maklumat berhubung peranti itu didedahkan kepada umum. Menariknya ada khabar angin yang berpendapat bahawa Galaxy Fold generasi kedua ini akan diperkenalkan selepas siri Galaxy S11 diumumkan nanti.

Video buka kotak Samsung Galaxy Fold:

Baca juga:

Samsung Galaxy Fold Mungkin Tampil Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat Jenis ‘Clamshell’

Samsung Tandatangan Perjanjian Eksklusif Dengan Pembekal Ultra Thin Glass

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend