Samsung Galaxy Watch Active2 Golf Edition Diperkenalkan Di Korea Selatan Comments Off on Samsung Galaxy Watch Active2 Golf Edition Diperkenalkan Di Korea Selatan

Dalam perkembangan terkini, Samsung telah memperkenalkan dua lagi jam tangan pintar terbaru untuk pasaran Korea Selatan. Jam tangan itu adalah Galaxy Watch Active2 Golf Edition dan Galaxy Watch Active2 LTE Aluminium.

Menurut Samsung, kedua-duanya akan dijual kepada orang ramai di Korea Selatan bermula esok.

Golf Edition hadir dengan aplikasi Smart Caddie yang mana aplikasi itu menyediakan lebih 40,000 lokasi padang golf dari serata dunia serta jarak pukulan yang dilakukan si pemakai.

Golf Edition tiba dalam dua pilihan iaitu 44mm berwarna Black dan 40mm berwarna Pink Gold, masing-masing dengan berharga KRW393,000 (~RM1368) dan KRW359,700 (~RM1252) seutas.

Untuk versi LTE Aluminium pula, harganya juga sama tetapi ditambah dengan satu lagi pilihan warna iaitu Silver. Kedua-dua jam pintar ini berkemungkinan tiba ke pasaran Eropah dan beberapa negara Asia yang lain.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend