Samsung Galaxy Tab S6 5G Disahkan Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Tidak Lama Lagi Comments Off on Samsung Galaxy Tab S6 5G Disahkan Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Tidak Lama Lagi

Samsung Malaysia sebelum ini telahpun menawarkan tablet terbaharunya iaitu Galaxy Tab S6 untuk pasaran tempatan dengan tanda harga mencecah RM3,099 seunit pada Oktober 2019 yang lalu.

Kini secara diam-diam Samsung nampaknya bakal memperkenalkan satu lagi varian baharu untuk tablet itu dengan kemunculan model Galaxy tab S6 5G. Didedahkan oleh portal sammobile, kemunculan tablet terbaharu ini telah disahkan sendiri oleh Samsung Korea melalui pendedahan imej di laman rasminya.

Buat masa ini tarikh ketersediaan Galaxy Tab S6 5G masih lagi belum diumumkan, tetapi berkemungkinan besar ia akan mengekalkan sokongan spesifikasi yang sama seperti varian 4G yang dilancarkan sebelum ini.

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab S6:

  • 4G LTE
  • Samsung One UI (Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 855
  • 6GB + 128GB (microSD sehingga 1TB)
  • 10.5 inci Super AMOLED 2K (2560 x 1600 piksel)
  • Kamera depan: 8MP
  • Kamera utama: 13MP + 5MP
  • 4 speaker (AKG, Dolby Atmos)
  • 7040mAh (15W)
  • S Pen (Gesture, Remote control)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, ANT+, USB Type-C
  • Accelerometer, Fingerprint Sensor, Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Hall Sensor, RGB Light Sensor
  • GPS, Glonass, Beidoi, Galileo
  • 244.5 x 159.5 x 5.7mm / 420g

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend