Samsung Galaxy Tab S4 Dilancarkan Dengan Fungsi Samsung DeX Dan Pen Stylus Comments Off on Samsung Galaxy Tab S4 Dilancarkan Dengan Fungsi Samsung DeX Dan Pen Stylus

Samsung Galaxy Tab S4 baru sahaja dilancarkan kepada umum menawarkan sebuah tablet yang berkemampuan untuk menjadi sebuah laptop. Melalui sokongan Samsung DeX pengguna kini lebih mudah melakukan kerja-kerja pejabat dalam masa sama menikmati hiburan pada skrin bersaiz 10.5-inci Super AMOLED beresolusi 2560 x 1600 piksel.

Tab S4 dijana dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 835 yang ditemani 4GB RAM serta pilihan storan 64GB atau 256GB. Tablet ini dibina dengan panel berasaskan kaca disamping fungsi menyediakan kamera utama 13MP dan 8MP untuk kamera depan. Dengan kuasa bateri 7,300mAh, ia juga menyokong pengecasan pantas Adaptive Fast Charging melalui sambungan USB Type-C.

Didatangkan bersama pen stylus secara standard, pengguna boleh jadikan tablet ini sebagai alat untuk melakar sama seperti yang ditawarkan pada Galaxy Note8 sebelum ini. Samsung turut meletakkan sistem audio pada tablet ini dengan empat speaker Dolby Atmos talaan AKG di sekeliling kerangka untuk memberikan pengalaman audio seperti didalam panggung.

Untuk menjadikan tablet ini lebih praktikal, ia turut menyokong sambungan papan kekunci mudah alih yang dinamakan Book Cover Keyboard. Apabila tidak digunakan, papan kekunci ini juga berfungsi sebagai sarung pelindung.

Samsung Galaxy Tab S4 dijual dengan tanda harga bermula daripada $650 (lebih kurang RM2,647) sementara Book Cover Keyboard dijual pada harga $150 (lebih kurang RM611) setiap satu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend