Samsung Galaxy Tab S3 Mula Menerima Kemas Kini Android 8.0 Oreo Dengan Antaramuka Samsung Experience 9.0 Comments Off on Samsung Galaxy Tab S3 Mula Menerima Kemas Kini Android 8.0 Oreo Dengan Antaramuka Samsung Experience 9.0

Pada Februari yang lepas, Samsung dikatakan merancang untuk memperkenalkan kemas kini terbaru Android 8.0 Oreo pada beberapa peranti termasuklah tablet model Galaxy Tab S3. Selepas lebih kurang tiga bulan ia berada di peringkat pengujian, akhirnya kemas kini rasmi versi Android itu telahpun boleh dimuat turun pada Galaxy Tab S3 versi LTE (SM-T825) dan juga WiFi (SM-T820).

Walau bagaimanapun, buat masa ini hanya pengguna di United Kingdom sahaja boleh memuat turun kemas kini Android 8.0 Oreo itu. Selain menawarkan fungsi baharu yang disokong oleh Android 8.0 Oreo, kemas kini terbaru ini turut membawakan antaramuka terbaru iaitu Samsung Experience 9.0 dan juga dilengkapi dengan sokongan Dolby Atmos.

Sungguhpun begitu, belum dapat disahkan bila kemas kini Android 8.0 Oreo ini akan mula diterima oleh pengguna di Malaysia kerana ketersediaan kemas kini akan dibuat secara berperingkat-peringkat, dan tiada sebarang maklumat berhubung perkara itu diterima oleh kami.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend