Samsung Galaxy Tab A 8.4 (2020) Diperkenalkan – Skrin Dan Kamera Lebih Baik Comments Off on Samsung Galaxy Tab A 8.4 (2020) Diperkenalkan – Skrin Dan Kamera Lebih Baik

Samsung Galaxy Tab A 8.4 (2020) telah dilancarkan di Amerika Syarikat hari ini sebagai sebuah tablet yang dapat menjanjikan hayat bateri sehingga 10 jam. Tablet ini dijual pada harga US$279 (~RM1207) dan didatangkan dengan diskaun untuk pengguna baharu aplikasi Samsung Kids.

Beberapa tambah baik telah dilakukan pada tablet terbaru ini berbanding generasi terdahulu. Spesifikasi menunjukkan Galaxy Tab A 8.4 (2020) hadir dengan paparan yang lebih baik menerusi LCD 8.4-inci FHD+ beresolusi 1920 x 1080p.

Jika model sebelum ini dikuasakan cipset Snapdragon 429, kini model terbaru menggunakan SoC Exynos 7904 lapan teras 1.8GHz didampingi memori 3GB RAM dan storan 32GB yang boleh diperluaskan dengan kad microSD.

Galaxy Tab A 8.4 (2020) selain itu dilengkapi bateri 5000mAh yang mana 1000mAh lebih kecil berbanding model tahun lalu. Kamera belakang menyertakan sensor 8MP dan kamera depan 5MP dan terdapat bicu audio 3.5mm, port USB-C, pembesar suara Dolby Atmos di bahagian kerangka. Sambungan pula menyokong Bluetooth 5.0 dan WiFi selain tablet ini turut ditawarkan dalam pilihan varian LTE+WiFi. Semuanya dijalankan di atas sistem operasi One UI berasaskan Android Pie.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend