
Walaupun baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada hari ini, Samsung Malaysia telah membawakan berita gembira kepada peminat Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ di negara ini dengan mengumumkan tarikh dan juga harga jualan kedua-dua model ini.
Sesi pra-tempah Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ akan diadakan pada 1 hingga 4 Mac 2018 ini. Lebih istimewanya, pembeli yang membuat pra-tempah kedua-dua model ini akan turut menerima speaker Bluetooth Harman Kardon Onyx Mini bernilai RM699 secara percuma. Manakala bagi pengguna yang berminat untuk membeli model ini melalui kedai fizikal atau secara talian, anda boleh berbuat demikian pada 16 Mac 2018 nanti.
Terdapat tiga warna pilihan boleh dibuat iaitu Lilac Purple, Midnight Black, dan Coral Blue. Samsung Galaxy S9 hanya boleh dimiliki dalam varian 64GB sahaja, manakala Galaxy S9+ pula ditawarkan dalam tiga varian storan berbeza iaitu 64GB, 128GB dan juga 256GB.
Harga Samsung Galaxy S9:
- 64GB – RM3,299
Harga Samsung Galaxy S9+:
- 64GB – RM3,799
- 128GB – RM3,999
- 256GB – RM4,399