Samsung Galaxy S7 Dan Galaxy S7 Edge Akan Mula Terima Kemas Kini Android Oreo Bermula Pertengahan Mei Ini Comments Off on Samsung Galaxy S7 Dan Galaxy S7 Edge Akan Mula Terima Kemas Kini Android Oreo Bermula Pertengahan Mei Ini

Pada awal kemunculannya, Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 edge yang dikuasakan dengan pemproses Exynos 8890 telah dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow. Kini selepas lebih kurang dua tahun berada di pasaran, kedua-dua model flagship tahun 2016 ini bakal menerima satu lagi kemas kini utama iaitu Android Oreo.

Berdasarkan kepada penemuan terbaru di laman rasmi Samsung di Turki, Galaxy S7 dan Galaxy S7 edge akan hanya menerima kemas kini terbaru berasaskan Android 8.0 Oreo bermula seawal pertengahan bulan Mei nanti, dan bukannya pada bulan April sebagaimana yang telah dihebohkan sebelum ini.

Selain kemas kini Android 8.0 Oreo untuk Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 edge yang dijangka akan mula diterima pada 18 Mei, laman itu juga turut mengesahkan penerimaan kemas kini ini untuk beberapa model Samsung yang lain seperti berikut:

  • Galaxy Tab S3 (9.7″, LTE) – 18 Mei 2018
  • Galaxy A3 (2017) – 1 Jun 2018
  • Galaxy A5 (2017) – 1 Jun 2018
  • Galaxy A7 (2017) – 1 Jun 2018
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend