Samsung Galaxy S20 Ultra Versi Daun Terup Model Terbaru Daripada Caviar Comments Off on Samsung Galaxy S20 Ultra Versi Daun Terup Model Terbaru Daripada Caviar

Selepas mengeluarkan beberapa versi peranti mewah iPhone 11 Pro, kini tiba masanya syarikat pengeluar peranti Rusia, Caviar memperkenalkan Galaxy S20 Ultra edisi daun terup.

Caviar Samsung Galaxy S21 hadir dengan kerangka badan dan simbol daun terup sat yang diperbuat daripada emas. Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu hitam dan merah. Menurut Caviar, panel belakang peranti diperbuat daripada bahan mineral semula jadi batu onyx. Telefon edisi terhad ini dijual pada harga US$5660 (~RM23,653) sebuah.

Selain daripada daun terup sat, Caviar turut mengeluarkan versi Joker kepada mereka yang berminat. Ditawarkan pada harga US$40,210 (~RM168,038), versi Joker dihiasi dengan batu delima, nilam, dan juga berlian pada kad yang dilambungnya.

Caviar menghasilkan hanya 21 unit untuk setiap satu corak daun terup, termasuklah versi Joker dan sebab itulah Caviar menamakannya Samsung Galaxy S21. Jika berminat, anda boleh menempahnya di sini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend