Samsung Galaxy S20 Ultra Dengan Speaker Stereo Raih Skor Setanding ROG Phone II – DXOMARK Audio Comments Off on Samsung Galaxy S20 Ultra Dengan Speaker Stereo Raih Skor Setanding ROG Phone II – DXOMARK Audio

Tidak dinafikan bahawa telefon pintar mercu terbaharu iaitu Samsung Galaxy S20 Ultra boleh dianggap antara model terbaik yang boleh anda miliki di pasaran. Ini kerana ia dilengkapi sokongan spesifikasi yang sangat baik.

Dilengkapi speaker stereo, Galaxy S20 Ultra baru-baru ini telah menerima skor sebanyak 69 poin untuk prestasi audionya sebagaimana yang dikongsikan oleh DXOMARK Audio. Menariknya skor yang dicatatkan adalah sama seperti yang diperolehi oleh ROG Phone II yang juga memiliki speaker stereo.

Berdasarkan kesimpulan skor yang dibuat, Galaxy S20 Ultra mencatatkan 71 poin untuk keupayaan memainkan semula audio, dan juga 65 poin untuk keupayaan rakaman audio.

Samsung Galaxy S20 Ultra yang dijual pada harga RM4,999 ini dikuasakan dengan Exynos 990, RAM 12GB LPDDR5, storan dalaman 128GB UFS 3.0, kamera depan 40MP, kuad kamera utama beresolusi 108MP + 12MP + 48MP + 3D ToF, bateri 5000mAh, dan juga IP68.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend