Samsung Galaxy S10e Turut Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi Kamera Dalam Kerangka Lebih Kompak 0 226

Di dalam acara Samsung Unpacked 2019, Samsung telah mengambil pendekatan yang sedikit berbeza apabila telah mengumumkan bukan dua tetapi tiga varian untuk siri Galaxy S10. Jika Galaxy S10 dan Galaxy S10+ diperkenalkan untuk segmen pasaran yang lebih premium, Galaxy S10e pula telah disasarkan untuk pasaran harga yang lebih kompetitif.

Sungguhpun ia disasarkan pada harga lebih rendah, Galaxy S10e ternyata masih mampu menjanjikan keupayaan prestasi yang setanding dengan sokongan cipset Exynos 9820. Bahkan kebanyakan ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh Galaxy S10 dan Galaxy S10+ masih dikekalkan seperti pengecasan pantas tanpa wayar, Wireless PowerShare, speaker stereo dengan talaan AKG, kamera depan 10MP, dan juga ciri kalis air IP68.

Samsung Galaxy S10 (kiri) sokong panel Curved Dynamic AMOLED berbanding panel Flat Dynamic AMOLED pada Galaxy S10e.

Apa yang membezakan Galaxy S10e adalah rekaan yang lebih kompak dengan sokongan panel skrin Flat Dynamic AMOLED berukuran 5.8 inci FHD+, dwi kamera utama 12MP OIS (f/1.5-f/2.4) + 16MP (f/2.2), konfigurasi memori 6GB + 128GB, bateri berkapasiti 3100 mAh dan juga sokongan pengimbas cap jari yang terletak di sisi kerangka.

Jika Samsung Galaxy S10/S10+ sokong tiga kamera, Galaxy S10e hanya tersedia dengan dwi kamera sahaja.

Spesifikasi Samsung Galaxy S10e:

  • Android 9.0 Pie
  • Exynos 9820 – 8nm (Malaysia)
  • 2x 2.7 GHz Mongoose M4 + 2x 2.3 GHz Cortex-A75 + 4x 1.9 GHz Cortex-A55
  • 6GB + 128GB
  • microSD sehingga 512GB
  • 5.8 inci FHD+ Flat Dynamic AMOLED (2280 x 1080 piksel)
  • Corning Gorilla Glass 5, HDR10+
  • Kamera utama: 12MP OIS (f/1.5-f/2.4) + 16MP Ultra Wide (f/2.2)
  • Kamera depan: 10MP (f/1.9)
  • WiFi 802.11ax, Bluetooth 5.0, USB Type-C, NFC, bicu audio 3.5mm
  • Pengimbas cap jari di sisi kerangka
  • Speaker stereo (AKG, Dolby Atmos)
  • IP68
  • 3100 mAh
  • Fast Wireless Charging 2.0
  • PowerShare (reverse wireless charging) 4.5W
  • 142.2 x 69.9 x 7.9mm
  • 150g

Baca juga:

Samsung Galaxy S10 Dan Galaxy S10+ Dilancarkan Dengan Tiga Kamera Dan Pengimbas Cap Jari Ultrasonik

Samsung Galaxy Fold Diperkenalkan – Peranti Inovasi Yang Berharga Lebih RM8,000

Pra-Tempahan Siri Galaxy S10 Dibuka Pada Harga Bermula RM2,699 Hingga RM4,599

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend