Samsung Galaxy S10 Lite Dan Galaxy Note10 Lite Kini Rasmi Pada Harga Bawah RM3000 Comments Off on Samsung Galaxy S10 Lite Dan Galaxy Note10 Lite Kini Rasmi Pada Harga Bawah RM3000

Akhirnya penantian untuk menantikan kemunculan Galaxy S10 Lite dan Galaxy Note10 Lite telahpun terjawab selepas Samsung Electronics telahpun mengumumkan kedua-dua peranti terbaharunya itu secara rasmi. Jika dilihat pada penampilan fizikalnya, kedua-dua peranti ini menampilkan skrin penuh dengan rekaan takuk jenis Infinity-O, dan juga sokongan tiga kamera.

Bahkan kedua-dua model ini turut menyokong panel skrin Super AMOLED Plus Infinity-O Display berukuran 6.7 inci dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel). Rekaan lubang kamera pada skrin Galaxy S10 Lite dan Galaxy Note10 Lite ini telah tersedia dengan lensa depan beresolusi 32MP (f/2.2).

This slideshow requires JavaScript.

Dioperasikan dengan Android 10, kedua-dua peranti ini turut menyokong bateri berkapasiti 4500mAh tetapi tidak diketahui sama ada ia memiliki teknologi pengecasan pantas ataupun tidak. Malah kedua-dua model ini turut memiliki pilihan storan yang sama iaitu 6GB + 128GB dan juga 8GB + 128GB.

Galaxy S10 Lite yang lebih memfokuskan aspek penggambaran telah dilengkapi kamera beresolusi 48MP (Super Steady OIS, f/2.0) + 12MP (Ultra Wide, f/2.2) + 5MP (Macro, f/2.4). Manakala Galaxy Note10 Lite pula menyokong kamera beresolusi 12MP (Dual Pixel, OIS, f/1.7) + 12MP (Ultra Wide, f/2.2) + 12MP (Telephoto, OIS, f/2.4).

This slideshow requires JavaScript.

Selain itu, perbezaan kedua-dua peranti ini adalah pada sokongan cipset iaitu Galaxy S10 Lite telah dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 855 (7nm), manakala Galaxy Note10 Lite pula dikuasakan dengan cipset lapan teras (4x 2.7GHz + 4x 1.7GHz) yang tidak diketahui model cipset yang digunakan kerana konfigurasi cipset ini berada antara Exynos 9810 dan Exynos 8895.

Menurut pendedahan yang dikongsikan oleh gsmarena, Samsung Galaxy S10 Lite akan dijual pada harga EUR649 (~RM2,970) dalam warna Prism White, Prism Black dan Prism Blue. Samsung Galaxy Note10 Lite pula akan dijual pada harga EUR599 (~RM2,740) dalam warna Aura Glow, Aura Black dan Aura Red. Ia akan dijual bermula suku pertama tahun 2020 ini.

Spesifikasi Samsung Galaxy S10 Lite dan Galaxy Note10 Lite:

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend