Samsung Galaxy S10 Dengan Sokongan Exynos 9820 Dan 6GB RAM Mula Kelihatan Di Geekbench Comments Off on Samsung Galaxy S10 Dengan Sokongan Exynos 9820 Dan 6GB RAM Mula Kelihatan Di Geekbench

Jika semalam kita telah mengetahui bahawa Samsung Galaxy S10 Plus versi seramik akan dilengkapi dengan 12GB RAM dan ruang storan mencecah sehingga 1TB, baru-baru ini satu lagi varian siri Galaxy S10 telah mula kelihatan di laman sesawang penanda aras popular iaitu Geekbench.

Melalui pendedahan yang dibuat, Samsung Galaxy S10 yang tampil dengan model SM-G973N itu telah mencatatkan skor Geekbench sebanyak 4382 untuk single-core dan 9570 untuk multi-core. Tetapi perlu diingat bahawa keputusan yang dicatatkan ini masih lagi dalam peringkat percubaan awal.

Selain pendedahan keputusan ujian penanda aras, Samsung Galaxy S10 ini turut memperlihatkan sokongan spesifikasi asasnya iaitu dioperasikan dengan Android 9.0 Pie, dikuasakan oleh pemproses lapan teras daripada Exynos 9820 dengan frekuensi 1.95GHz, dan hadir dengan sokongan 6GB RAM.

Jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy S9 dengan sokongan Exynos 9810, Android Oreo dan 4GB RAM, ia telah mencatatkan skor yang lebih rendah iaitu 3655 untuk single-core, dan juga 8970 untuk multi-core.

Baca juga:

Samsung Galaxy S10 Plus Versi Seramik Akan Dilengkapi 12GB RAM Dan 1TB Storan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend