Samsung Galaxy S10 Akan Mula Dijual Pada 8 Mac 2019 – Diikuti Tawaran Hadiah Menarik Di 3 Lokasi 0 514

Pasaran tempatan hari ini menerima pendatang baru apabila Samsung Malaysia melancarkan siri Galaxy S10. Tiga model yang akan berada di bilik pameran seluruh negara adalah Galaxy S10e, Galaxy S10, dan Galaxy S10+. Masing-masing membawakan tanda harga RM2,699, RM3,299, dan RM3,699 sementara RM4,599 untuk versi S10+ 512GB.

Ketiga-tiga peranti ini akan mula dijual pada 8 Mac 2019 dan menariknya pihak Samsung akan mengadakan jerayawara pada hari tersebut di tiga buah lokasi hingga 10 Mac 2019. Antara lokasi yang telah ditetapkan adalah di:

  • Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur – 10 pagi hingga 10 malam.
  • AEON Tebrau City, Johor Bahru – 10 pagi hingga 11 malam (Jumaat dan Sabtu kecuali Ahad hingga 10 malam).
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang – 10 pagi hingga 10.30 malam.

Menariknya, jika anda membeli mana-mana peranti Galaxy S10 di lokasi jerayawara, anda akan turut membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM1,097.

  • Galaxy S10e – PERCUMA Galaxy Buds (bernilai RM499).
  • Galaxy S10 – PERCUMA Galaxy Buds + Screen Protection Plus (bernilai RM779).
  • Galaxy S10+ – PERCUMA Galaxy Watch Active + Screen Protection Plus (bernilai RM1,079)

Baca juga:

Samsung Galaxy S10 Dan Galaxy S10+ Dilancarkan Dengan Tiga Kamera Dan Pengimbas Cap Jari Ultrasonik

Samsung Galaxy S10e Turut Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi Kamera Dalam Kerangka Lebih Kompak

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend