Samsung Galaxy S10 Akan Diperkenalkan Dalam Tiga Varian Berbeza – Dipercayai Sokong Tiga Kamera?! Comments Off on Samsung Galaxy S10 Akan Diperkenalkan Dalam Tiga Varian Berbeza – Dipercayai Sokong Tiga Kamera?!

Samsung sebelum ini telah dilaporkan akan memperkenalkan pelbagai teknologi terkini pada Galaxy S10 sempena ulang tahun yang ke-10 siri tersebut. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Galaxy S10 akan menjadi model pertama dari Samsung menyokong teknologi pengimbas cap jari pada skrin, nisbah skrin-ke-kerangka yang lebih baik dan banyak lagi.

Baru-baru ini ada satu lagi laporan yang berkongsi bahawa Samsung berkemungkinan besar akan memperkenalkan Galaxy S10 dalam tiga varian berbeza. Menurut ETNews, Samsung kini sedang dalam proses penghasilan tiga varian Galaxy S10 yang menggunakan nama kod Beyond 0, Beyond 1 dan juga Beyond 2.

Beyond 1 didakwa merupakan varian terendah Galaxy S10 yang menampilkan paparan skrin berukuran 5.8 inci dengan permukaan panel rata, manakala Beyond 2 pula akan turut memiliki paparan skrin berukuran 5.8 inci dengan rekaan skrin melengkung sama seperti siri Galaxy S9 sebelum ini.

Apa yang lebih menariknya, varian ketiga yang menggunakan nama kod Beyond 2 dipercayai menjadi peranti pertama dari Samsung dengan sokongan tiga kamera. Malah ia juga dikatakan akan menyokong paparan skrin lebih besar berukuran 6.2 inci dengan rekaan skrin melengkung. Sungguhpun begitu, masih terlalu awal untuk mempercayai laporan ini kerana siri Galaxy S10 akan hanya dilancarkan pada awal tahun 2019 nanti…

*Perhatian : Kesemua gambar yang dikongsikan bukan gambar sebenar dan ia hanya sekadar ilustrasi semata-mata.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend