Samsung Galaxy Note9 Boleh Ditempah Di India Bermula 19 Ogos Comments Off on Samsung Galaxy Note9 Boleh Ditempah Di India Bermula 19 Ogos

Tidak lama lagi Samsung bakal memperkenalkan generasi terbaharu Galaxy Note kepada umum. Samsung juga telah mengumumkan bahawa tarikh pelancarannya akan jatuh pada 9 Ogos 2018. Terkini, khabar berita yang bertiup dari India mengatakan rakyat di negara itu boleh mula menempah peranti tersebut pada 19 Ogos iaitu 10 hari selepas ia dilancarkan.

Sudah tentu tawaran pra-tempah akan disertakan dengan aksesori menarik termasuk juga di Malaysia nanti. India merupakan pasaran kedua terbesar di dunia selepas China, jadi tidak mustahil Samsung melihat kepada pengguna terbesar dahulu lagipun pengguna telefon pintar di India lebih mengutamakan peranti Android.

Harga pula, ia dijangka akan dijual sekitar INR70,000 ke INR75,000 atau dalam nilai Malaysia kira-kira RM4,131 ke RM4,426.

Beberapa hari lepas, gambar melihatkan rekaan Galaxy Note9 tertiris di arena sesawang. Nampaknya peranti ini mengalami perubahan yang minimal di bahagian luaran, tetapi pada bahagian dalaman kami yakin ia sarat dengan perkakasan yang lebih berkuasa.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend