Samsung Galaxy Note9 Antara Hadiah Menarik Yang Boleh Dimenangi Melalui Aplikasi Samsung Pay Comments Off on Samsung Galaxy Note9 Antara Hadiah Menarik Yang Boleh Dimenangi Melalui Aplikasi Samsung Pay

Bagi melabuhkan tirai tahun 2019, Samsung Malaysia telah menganjurkan peraduan akhir tahun yang dibuka eksklusif untuk pengguna Samsung Pay. Bermula 9 hingga 31 Disember 2019, peraduan ini hanya memerlukan pemilik peranti Samsung untuk menghantar penyertaan mudah dengan menggunakan 250 Samsung Rewards Points.

Hadiah menarik yang boleh dimenangi:

  • Hadiah Utama – Galaxy Note9 x 1 unit
  • Hadiah Kedua – Galaxy A9 x 2 unit
  • Hadiah Ketiga – Galaxy Watch 42mm x 2 unit
  • Hadiah Istimewa – ITFIT Bluetooth Selfie Stick x 5 unit
  • Hadiah Saguhati – 5 keping kad Starbucks dengan nilai RM10 x 15 set

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah seperti berikut:

  1. Aktifkan aplikasi Samsung Pay dan pilih menu ‘Promotion’ untuk melihat peraduan ini
  2. Klik butang ‘Join Now’
  3. Lengkapkan soalan “How will you be using Samsung Pay during the Year End Sales?” dalam 150 patah perkataan, dan hantarkan penyertaan tersebut
  4. Anda akan menerima kod unik 10 digit dalam bentuk e-baucar sebaik sahaja penyertaan dihantar

Anda boleh menghantar satu jawapan dengan penyertaan berganda melalui pemilihan menu ‘Get More Entries’, dan setiap satu penyertaan akan menggunakan 250 Samsung Rewards Points. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang paling kreatif dan menarik. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.samsung.com/my/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend