Samsung Galaxy Note10+ Edisi Istimewa ‘Star Wars: The Rise of Skywalker’ Kini Diperkenalkan Comments Off on Samsung Galaxy Note10+ Edisi Istimewa ‘Star Wars: The Rise of Skywalker’ Kini Diperkenalkan

Samsung baru-baru ini telahpun melancarkan edisi istimewa untuk model mercunya iaitu Galaxy Note10+ yang menampilkan sentuhan eksklusif daripada filem ‘Star Wars: The Rise of Skywalker’ yang akan ditayangkan hujung tahun ini. Samsung Galaxy Note10+ edisi istimewa ini akan dijual di pasaran Amerika Syarikat pada 13 Disember 2019 pada harga USD1,299.99 (~RM5,400).

Samsung Galaxy Note10+ Star Wars: The Rise Skywalker akan menerima sentuhan istimewa iaitu kombinasi warna hitam serta merah, dan akan didatangkan dengan kotak serta  aksesori eksklusif bertemakan filem tersebut. Malah Galaxy Buds dengan sentuhan warna yang sama akan turut diberikan secara percuma.

Tersedia dalam kuantiti yang terhad, Samsung Galaxy Note10+ edisi istimewa ini masih menyokong spesifikasi yang sama seperti edisi biasa iaitu dikuasakan dengan cipset Exynos 9825, skrin Dynamic AMOLED QHD+ sebesar 6.8 inci, ruang storan 512GB, 12GB RAM, bateri 4300mAh, dan juga kuad kamera beresolusi 12MP.

sumber

Baca juga:

[Ulasan] Samsung Galaxy Note10+, Kekal Sebagai Peranti Paling Praktikal

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend