Samsung Galaxy Note10 Dipercayai Sokong Bateri Besar Dengan Pengecasan Pantas Lebih 25W Comments Off on Samsung Galaxy Note10 Dipercayai Sokong Bateri Besar Dengan Pengecasan Pantas Lebih 25W

Jika dilihat pada garis masa pelancaran siri Galaxy Note sebelum ini, Samsung berkemungkinan besar akan melancarkan model Galaxy Note10 menjelang Ogos 2019. Walaupun masih ada beberapa bulan lagi sebelum ia didedahkan secara rasmi, ice universe baru-baru ini telah mendedahkan maklumat berhubung Galaxy Note10 di laman Twitter.

Melalui tweet yang dikongsikannya, Samsung Galaxy Note10 dipercayai akan menampilkan sokongan kapasiti bateri yang lebih besar dan ia juga dikatakan akan hadir dengan teknologi pengecasan pantas lebih pantas berbanding Galaxy A70. Sebagai rujukan Galaxy A70 telah dilengkapi dengan pengecasan pantas 25W.

Walau bagaimanapun, output pengecasan dan juga kapasiti bateri untuk Galaxy Note10 tidak pula didedahkan kepada umum. Namun ada spekulasi yang berpendapat bahawa Galaxy Note10 mungkin akan tersedia dengan bateri berkapasiti mencecah sehingga 4500 mAh dengan teknologi pengecasan 50W.

*gambar yang digunakan sekadar hiasan.

Baca juga:

Samsung Galaxy Note 10 Pro Dipercayai Hadir Dengan Bateri Berkapasiti 4500 mAh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend