
Samsung Malaysia Electronics sebelum ini telah melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ pada harga bermula daripada RM3,699. Tetapi sekiranya anda ingin memilikinya tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi, kini anda boleh menikmati pelan ansuran 0% melalui AEON Credit Service Exclusives.
Tawaran tempoh terhad yang akan tamat pada 31 Oktober 2019 ini membolehkan anda menikmati pelan ansuran selama 12 bulan dengan 0% faedah, tiada wang pendahuluan diperlukan, dan juga tidak memerlukan kad kredit. Walau bagaimanapun, tawaran ini hanya terbuka untuk model Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ dalam varian 256GB sahaja.
Untuk menikmati tawaran ini, anda boleh mengunjungi wakil penjual Samsung yang sah dan terpilih di seluruh negara. Bagi mendapatkan maklumat terperinci, layari https://www.samsung.com/my/.
Baca juga:
Samsung Galaxy Note 10/Note 10+ Kini Rasmi Dengan Paparan 6.3″ Dan 6.8″, 12GB RAM, Pengecasan 45W