Samsung Galaxy Note 9 Habis Dipra-tempah Serentak Dengan Hari Pelancarannya Di Malaysia Comments Off on Samsung Galaxy Note 9 Habis Dipra-tempah Serentak Dengan Hari Pelancarannya Di Malaysia

Hari ini Samsung Malaysia akan melancarkan model paling dinanti-nantikan, terutamanya peminat tegar siri Galaxy Note dengan kehadiran Samsung Galaxy Note 9 di Malaysia. Apa yang menariknya, sehari selepas model ini dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global iaitu pada 10 Ogos yang lepas, pengguna di negara ini sudahpun boleh membuat pra-tempah model tersebut.

Nampaknya serentak dengan majlis pelancarannya di Malaysia, Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa Samsung Galaxy Note 9 kini telah habis dipra-tempah. Sambutan yang sangat menggalakkan ini mungkin disebabkan oleh tawaran hebat yang mana setiap pembeli yang membuat pra-tempah akan turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,531.

 

Baca juga: 9 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Samsung Galaxy Note 9

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend