Samsung Galaxy Note 9 Didakwa Akan Hadir Dengan Varian 512GB Dan RAM 8GB Comments Off on Samsung Galaxy Note 9 Didakwa Akan Hadir Dengan Varian 512GB Dan RAM 8GB

Berbeza dengan siri Galaxy S, siri Galaxy Note kebiasaannya akan menawarkan sokongan spesifikasi yang lebih baik secara keseluruhannya. Nampaknya model terbaru iaitu Galaxy Note 9 juga tidak terkecuali apabila penganalisa teknologi dari China yang popular dengan ketirisan berita yang tepat iaitu Ice Universe telah berkongsi satu maklumat terbaru mengenai model terbaru itu.

Menurut perkongsian Twitter miliknya, Samsung dipercayai akan memperkenalkan varian tertinggi untuk Galaxy Note 9 dengan sokongan ruang storan mencecah sehingga 512GB dan juga RAM sebesar 8GB. Walau bagaimanapun, varian itu dikatakan akan hanya dijual untuk pasaran tertentu sahaja.

Skor ujian benchmark Geekbench yang diperolehi oleh Samsung Galaxy Note 9.

Benar atau tidak dakwaan ini, terpaksalah kita nantikan pendedahannya pada majlis pelancaran Samsung Galaxy Note 9 yang dijangka akan berlangsung pada penghujung bulan Ogos 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend