Samsung Galaxy Note 9 Diberi Potongan Rebat RM400 Untuk Tempoh Terhad Comments Off on Samsung Galaxy Note 9 Diberi Potongan Rebat RM400 Untuk Tempoh Terhad

Samsung Malaysia Electronics (SME) hari ini mengumumkan kempen rebat tunai untuk Samsung Galaxy Note 9. Bermula hari ini, orang ramai boleh mendapatkan potongan harga sebanyak RM400 untuk pembelian peranti tercanggih Samsung sekaligus menjadikan harga jualan direndahkan kepada RM3,299 (asal RM3,699).

Kempen ini berlangsung dalam tempoh terhad, jadi ia hanya ditawarkan sehingga 28 Oktober 2018. Dua varian yang boleh dibeli ialah 128GB dan 512GB. Untuk varian teratas, tanda harganya pula ialah RM4,599 (belum rebat). Terdapat tiga pilihan warna antaranya Midnight Black, Metallic Copper, dan Ocean Blue.

Bagi mendapatkan rebat segera RM400, anda boleh berkunjung ke mana-mana Samsung Experience Store yang berdekatan.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend