Samsung Galaxy Note 9 Berkemungkinan Menyokong Rangkaian 5G Comments Off on Samsung Galaxy Note 9 Berkemungkinan Menyokong Rangkaian 5G

Bermula tahun 2018, sokongan rangkaian 5G yang jauh lebih pantas telah cuba dikomersialkan dan ini dapat dilihat melalui usaha Korea Selatan baru-baru ini. Sungguhpun begitu, buat masa ini agak sukar untuk kita mencari telefon pintar yang hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

Impian untuk menikmati rangkaian Internet 5G berkelajuan tinggi ini mungkin menjadi kenyataan pada penghujung tahun ini, apabila ada laporan yang menyatakan bahawa Samsung akan mengimplementasikan rangkaian itu pada model Galaxy Note 9 nanti. Melalui perkongsian The Android Soul, Samsung bakal menggunakan antena HRC bagi menggantikan antena LDS yang digunakan sekarang.

Sungguhpun begitu, ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa modem 5G untuk cipset Exynos akan hanya diperkenalkan oleh Samsung mulai tahun 2019 nanti. Jadi berkemungkinan besar ia hanya akan diperkenalkan pada cipset Qualcomm Snapdragon terbaru yang akan dipasarkan untuk pasaran terpilih sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend