Samsung Galaxy Note 10 Sah Dilancarkan Pada 7 Ogos Ini Comments Off on Samsung Galaxy Note 10 Sah Dilancarkan Pada 7 Ogos Ini 308

Samsung hari ini telah mengumumkan tarikh pelancaran Samsung Galaxy UNPACKED 2019 pada 7 Ogos ini.

Seperti biasa, acara Galaxy UNPACKED akan menampilkan telefon pintar kelas mercu terbaru daripada Samsung. Untuk tahun kita bakal melihat generasi ke-10 keluarga Note, malah mengikut khabar angin sebelum ini Galaxy Note 10 akan diperkenalkan dengan dua saiz iaitu dengan skrin 6.28-inci dan 6.57-inci.

Samsung tidak menyatakan lokasi dimanakah acara ini akan diadakan, tetapi mengikut sumber yang boleh dipercayai, Galaxy UNPACKED 2019 bakal berlangsung di Brooklyn, New York.

Menerusi video acah ini, Samsung juga nampaknya memberi petanda untuk S-Pen terbaru mereka. Adakah S-Pen tahun ini akan dilengkapi kamera terbina?

Baca juga:

S-Pen Dengan Kamera Terbina Mungkin Hadir Pada Samsung Galaxy Note 10

Samsung Galaxy Note 10 Dipercayai Hadir Dengan Susunan Baharu Untuk Kamera Utama Dan Depan

Samsung Galaxy Note 10e Dikhabarkan Akan Guna Bateri Berkapasiti 3,400mAh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend