Samsung Galaxy Note 10 Pro Dipercayai Hadir Dengan Bateri Berkapasiti 4500 mAh Comments Off on Samsung Galaxy Note 10 Pro Dipercayai Hadir Dengan Bateri Berkapasiti 4500 mAh

Berdasarkan pendedahan yang telah dikongsikan oleh portal Sammobile sebelum ini, Samsung dipercayai akan memperkenalkan Galaxy Note 10 dalam dua varian iaitu SM-N970 dan SM-N975 yang menampilkan sokongan saiz skrin berbeza iaitu 6.28 inci dan juga 6.75 inci. Malah kedua-dua varian itu akan turut ditawarkan dalam versi 5G yang menggunakan nama model SM-971 dan SM-976.

Baru-baru ini satu lagi berita tentang Samsung Galaxy Note 10 telah dikongsikan oleh Ice Universe yang mendakwa bahawa varian Galaxy Note 10 Pro (SM-975) akan dijana dengan bateri berkapasiti 4500 mAh. Ini disahkan melalui ketirisan imej bateri yang mula tersebar di Internet.

Walaupun berita ini masih belum dapat disahkan secara rasmi, berkemungkinan besar ia adalah tidak mustahil memandangkan Galaxy S10 5G turut tersedia dengan bateri berkapasiti 4500 mAh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend