Samsung Galaxy Note 10/Note 10+ Kini Rasmi Dengan Paparan 6.3″ Dan 6.8″, 12GB RAM, Pengecasan 45W Comments Off on Samsung Galaxy Note 10/Note 10+ Kini Rasmi Dengan Paparan 6.3″ Dan 6.8″, 12GB RAM, Pengecasan 45W

Samsung Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+ akhirnya dilancarkan secara rasmi awal pagi tadi. Peranti ini hadir dengan sejumlah ciri baharu yang pastinya akan memberi saingan kepada peranti-peranti mercu premium lain di pasaran.

Atas kertas, Note 10 dan Note 10+ dilengkapi paparan Dynamic AMOLED bersaiz 6.3-inci dan 6.8inci masing-masing dengan rekaan Infinity-O yang disertakan kamera depan berlubang pada skrin. Resolusi skrin pula menyokong FHD+ pada Note 10 dan QHD+ pada Note 10+.

Ia dikuasakan cip pemproses 7nm Samsung Exynos 9825 (Snapdragon 855 untuk China dan A.S), pilihan memori 8GB+256GB untuk Note 10 dan 12GB+256GB/12GB+512GB untuk Note 10+, selain menyokong kad microSD sehingga 512GB – menjadikan storan keseluruhan sebanyak lebih 1TB.

Daripada segi pengecasan, Note 10 iaitu versi kompak hadir dengan teknologi pengecasan Fast Charging 2.0 (25W) sementara Super Fast Charging (45W) istimewa untuk versi +. Bateri yang dimuatkan pula kini lebih besar berbanding model terdahulu iaitu 3,500mAh dan 4,300mAh.

This slideshow requires JavaScript.

Bahagian kamera pula, Galaxy Note 10 dilengkapi tri-kamera belakang dan Note 10+ dilengkapi kuad-kamera yang mana masing-masing dengan sensor 12MP f/1.5-f/2.4 (sudut lebar) + 16MP f/2.2 (sudut ultra-lebar) + 12MP f/2.1 (telefoto) serta sensor tambahan pada model + iaitu lensa kedalaman (3D ToF). Kamera depan pula ialah 10MP f/2.2 yang turut menyokong rakaman Live focus video.

Rakaman video utama membawakan ciri 4K UHD pada 60fps dan 1080p FHD pada 60fps, manakala rakaman video gerak peralahan menyokong sehingga 720p pada 960fps. Dengan ciri Super Steady, pengguna boleh merakam video dengan stabil serta lebih baik berbanding kamera pada Note 9.

Sokongan audio menyertakan sistem dwi-pembesar suara di bawah dan di atas yang ditala oleh AKG, pada masa sama menyokong bunyi sekeliling Dolby Atmos. Binaan kerangka peranti yang mantap membolehkan ia bertahan daripada percikan air dan debu melalui pensijilan IP68.

Samsung Galaxy Note 10 / Note 10+ didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Aura Glow, Aura Black, Aura White, dan Aura Pink masing-masing pada harga bermula RM3,699 di Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend