Samsung Galaxy Note 10 Dipercayai Hadir Dengan Susunan Baharu Untuk Kamera Utama Dan Depan Comments Off on Samsung Galaxy Note 10 Dipercayai Hadir Dengan Susunan Baharu Untuk Kamera Utama Dan Depan

Melalui pendedahan yang telah dikongsikan oleh @UniverseIce di Twitter, Samsung Galaxy Note 10 yang tampil dengan menggunakan nama kod ‘Da Vinci’ akan menawarkan susunan baharu untuk rekaan kamera utama dan juga kamera depannya, berbanding generasi sebelum ini.

Walaupun tiada pendedahan lanjut yang didedahkan, berkemungkinan besar kamera depannya akan tampil sama seperti siri Galaxy S10 iaitu rekaan kamera di dalam skrin. Manakala rekaan kamera utamanya pula dipercayai akan disusun secara menegak dan bukan lagi melintang sebagaimana Galaxy Note 9.

Rekaan dwi kamera pada Samsung Galaxy Note 9 yang sebelum ini tampil dengan rekaan melintang.

Selain itu, kamera utama Galaxy Note 10 dipercayai akan mengekalkan konfigurasi lensa yang sama seperti Galaxy S10. Ini kerana sensor kamera 64MP dengan penggunaan struktur Quad Bayer (16MP) yang baru sahaja diumumkan baru-baru ini, mungkin akan digunakan pada siri Galaxy S11 nanti.

Baca juga:

Samsung Perkenal Sensor Kamera ISOCELL Bright GW1 Beresolusi 64MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend